Tabiat Badak sumbu India

Maharaja Moghul, Babur memburu badak sumbu.

Badak ini hidup di padang rumput tinggi dan hutan pinggir sungai tetapi akibat kehilangan habitat mereka diasak ke kawasan pertanian. Mereka kebiasaannya haiwan bersendirian, kecuali ibu dan anak atau pasangan mengawan, sungguhpun mereka kadang-kala berkelompok di kawasan mandian. Mereka memiliki kawasan rumah, kawasan rumah jantan biasanya seluas 2-8 kilometer persegi, dan bertindanan sesama sendiri. Badak jantan yang berkuasa biasanya membiarkan sahaja jantan lain merentasi kawasan mereka kecuali ketika mereka dalam musim mengawan, bilamana pertempuran yang merbahaya meletus. Mereka aktip pada waktu malam dan awal pagi. Mereka menghabiskan masa tengahari berendam dalam tasik, sungai, kolam, dan lopak bagi menyejukkan badan. Badak sumbu merupakan perenang yang baik. Lebih 10 bentuk bunyi komunikasi badak telah direkodkan.

Badak sumbu India tidak banyak mempunyai pemangsa semulajadi kecuali harimau. Harimau kadangkala membunuh anak badak yang tidak dijaga, tetapi badak dewasa kurang terancam disebabkan saiz mereka. Manusia merupakan ancaman yang lain, memburu badak sumbu terutamanya bagi sukan dan bagi kegunaan tanduknya. Mynah dan egret kedua-dua makan invertebrat daripada kulit badak dan sekeliling kakinya. Lalat Tabanus, sejenis lalat kuda diketahui menggigit badak. Badak juga terdedah kepada penyakit yang disebarkan oleh parasit seperti lintah, kutu, dan nematod. Antraks dan septisemia penyakit darah juga diketahui berlaku.[3]

Diet

Badak sumbu India dalam kurungan di Zoo Metro Toronto.

Badak sumbu India adalah peragut. Dietnya terdiri hampir sepenuhnya rumput, tetapi badak juga diketahui makan daun, ranting pokok renek dan pokok, buah dan pokok akuatik terapung dan bawah air.[3]

Meragut berlaku semasa pagi dan petang. Badak menggunakan bibir pemaut ("prehensile lip") bagi mengenggam batang rumput, melenturkan ranting ke bawah, menggigit pucuknya dan makan rumput. Dengan rumput amat tinggi atau anak pokok, badak seringkali merempuh pokok, dengan kakinya di kedua belah, menggunakan berat badannya bagi menolak hujung pokok kebawah pada aras mulutnya. Ibu badak juga menggunakan teknik ini bagi memudahkan anak badak makan. Badak minum selama seminit atau dua suatu masa, seringkali minum air yang dipenuhi air kencing badak.[3]

Kehidupan bermasyarakat

Badak sumbu India membentuk pelbagai kelompok masyarakat. Badak sumbu India dewasa seringkali bersendirian, kecuali untuk tujuan mengawan atau berlawan. Badak sumbu India betina kebanyakannya hidup bersendirian apabila tidak melahirkan anak. Si ibu akan kekal berhampiran anaknya sehingga empat tahun selepas kelahirannya, kadangkala membenarkan anak lebih tua untuk menemaninya apabila anak baru dilahirkan. Badak sumbu India remaja jantan dan betina turut juga membentuk kelompok yang tetap. Sekumpulan dua atau tiga badak jantan muda sering terbentuk dipinggir kawasan rumah jantan berkuasa, kemungkinannya bagi perlindungan secara berkelompok. Badak betina muda kurang bersosial berbanding badak jantan. Badak sumbu India turut membentuk kumpulan jangka pendek, terutama di lopak hutan semasa musim monsun dan di padang rumput semasa Mac dan April. Sekumpulan sehingga 10 badak mungkin berkumpul dalam kubang—biasanya jantan berkuasa dengan badak betina dan anak-anaknya, tetapi tiada jantan muda.[10]

Badak sumbu India menghasilkan pelbagai bunyi. Sekurang-kurangnya sepuluh bunyi jelas telah dikenal pasti: berdengkur, honking, mengembek, mengaum, squeak-panting, moo-grunting, berteriak, mengerang, merungut ("rumbling") and humphing. Tambahan kepada bunyi, badak turut menggunakan perhubungan olfaktori. Jantan dewasa kencing songsang, sejauh sehingga 3–4 meter dibelakang mereka, seringkali sebagai tindakbalas kepada gangguan pemerhati. Sebagaimana badak lain, badak sumbu India sering kali membuang najis berhampiran timbunan besar najis lain. Badak sumbu India memeliki kelenjar bau bahagian kaki yang digunakan oleh mereka bagi menanda kehadiran mereka di jamban badan ini. Badak jantan telah dilihat berjalan dengan kepala mereka tunduk ke tanah menghidu, kemungkinannya mengekori bau badak betina.[10]

Badak sumbu India mandi-manda di Zoo Basel

Dalam kelumpulan, badak sumbu India seringkali ramah-tamah. Ia seringkali menyambut sesama sendiri dengan mengeleng atau menganggukkan kepala mereka, memanjat sisi ("mounting flanks"), melaga hidung, atau menjilat. Badak akan bermain tolak-tolakkan, berlari keliling, dan bermain dengan ranting pada mulut mereka. Badak jantan dewasa merupakan punca utama dalam perkelahian. Pertempuran antara jantan berkuasa merupakan punca utama kematian badak dan badak jantan turut ganas terhadap badak betina semasa mengawan. badak jantan akan mengejar badak betina pada jarak yang jauh malah menyerang mereka secara berdepan.[10] Tidak seperti badak sumbu Afrika yang menyerang dengan menggunakan tanduk, badak sumbu India menyerang dengan menggunakan gigi kacipnya.[11]

Pembiakan

Ibu badak dan anaknya di Zoo Buffalo.

Dalam zoo, badak betina mungkin membiak semuda empat tahun, tetapi badak betina liar biasanya mencecah enam tahun sebelum mereka membiak.[12] Usia lebih tua secara liar mungkin membayangkan bahawa badak betina perlu cukup besar bagi mengelak daripada terbunuh oleh badak jantan yang ganas. Badak sumbu India memiliki tempoh bunting yang agak panjang sekitar 15.7 bulan. Jarak antara kelahiran antara 34–51 bulan.[12] Dalam tahanan, badak jantan mungkin membiak pada usia lima tahun. Tetapi secara liar, hanya jantan berkuasa membiak dan badak tidak mencapai penguasaan sehingga mereka lebih tua dan lebih besar. Dalam satu kajian lima tahun di lapangan, hanya satu badak mencapai kejayaan membiak yang dianggarkan kurang dari 15 tahun.[13]

Rujukan

WikiPedia: Badak sumbu India http://nature.ca/notebooks/english/indrhino.htm http://nature.ca/notebooks/francais/rhinoind.htm http://www.americazoo.com/goto/index/mammals/346.h... http://www.animalpicturesarchive.com/view.php?tid=... http://www.biocrawler.com/videos/displayimage.php?... http://www.foxnews.com/wires/2008Jul26/0,4670,Indi... http://news.nationalgeographic.com/news/2008/03/08... http://www.rhinoresourcecenter.com http://www.rhinoresourcecenter.com/species/indian-... http://www.thebigzoo.com/Animals/Greater_Indian_Rh...